Selamat Hari Raya AidilFitri

Selamat Hari raya AidilFitri

Share This Post

Selamat Hari Raya AidilFitri saya ucapkan kepada semua pengunjung website www.brorozek.com

Bagaimana cuti raya anda tahun ni? Bagi yang pulang beraya di kampung, pastikan sebelum keluar rumah segala keselamatan telah disemak. Rumah, kereta (pengangkutan) dan pejabat.

Musim raya aidilfitri tahun ni disambut dalam suasana World Cup Football. Pastinya ada yang berjaga malam untuk menonton perlawanan yang dinanti-nanti ini.

Dan saya juga yakin ada pembaca di sini juga ada yang cari peluang menjual baju tshirt pasukan World Cup kan? Cuma, saya pun tak pasti bagaimana sambutan tahun ni di Malaysia.

Maklumlah, kita baru habis banyak duit beraya. Sebelum itu, dah pulang juga untuk pilihanraya. Dan sekarang, pastinya tengah pokai duit lagi kan bila pertembungan World Cup ini. Ke saya salah? Jujurnya saya tiada data yang tepat mengenai isu ini lagi. Ini cuma pendapat peribadi saya sahaja.

Selamat Hari raya AidilFitri

Dalam post ucapan selamat hari raya aidilfitri ini, saya ingin ambil kesempatan untuk mohon sejuta kemaafan jika ada silap dan dan salah saya kepada anda semua. Seperkara lagi, saya kini juga merupakan Certified eUsahawan Trainer yang boleh menjalankan program eUsahawan kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Nanti saya explain pada post akan datang.

Sekali lagi, saya ingin rakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung website ini. Moga jodoh kita berpanjangan.

 

DAFTAR KELAS eUSAHAWAN DI: SINI atau BACA TAWARAN di SINI

More To Explore

rakaman pemasaran whatsapp
Uncategorized

Bagaimana Cara Guna Whatsapp Untuk Pelbagai Peranti

Bagaimana Cara Guna Whatsapp Untuk Pelbagai Peranti (2021) WhatsApp baru-baru ini melancarkan sokongan berbilang peranti dan kini telah mula melancarkan ciri yang sangat diminta ini

The Colour of Inequality
Uncategorized

The colour of inequality

The Colour of Inequality. Ini realiti yang digarap dalam buku ini oleh ahli ekonomi, Dr. Muhammad Abdul Khalid. Lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch

coach ruzaini
Verified by MonsterInsights