“Hanya Merasa Mengenal Rasa”
Coach Ruzaini
Hi Pembaca Yang Budiman,
Selamat datang ke website saya. Bagi yang belum ikuti saya di YouTube, TikTok dan Facebook bolehlah ikuti saya dengan menaip “Bro Rozek”. Moga ilmu yang dapat boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Apabila saya diumumkan terpilih sebagai Coach eUsahawan, hati rasa seronok sangat! Peluang saya berbakti pada negara boleh diteruskan lagi. Seramai 29 orang Coach dilantik, dan semua Coach dilantik mempunyai kepakaran masing-masing.
Kami diberikan tugasan yang mencabar seperti menyampaikan ILMU di luar kehebatan. Maksudnya, saya mahir Facebook tapi WAJIB juga mengajar INSTAGRAM. Gitu la maksudnya. Yang menarik, silibus baharu diperkenalkan iaitu TikTok dalam sesi 2023 ini.
Setiap Coach ada cara masing-masing dalam mengajar, mencari peserta dan menyiapkan tugasan yang lain. Yang paling popular kaedah adalah menyuruh staf sahaja carikan peserta. Cara Saya?
Saya kerjasama dengan pelbagai agensi, cari networking dan kerjasama dengan Coach Zul. Sepanjang tahun memang tak menang tangan. Program Coach eUsahawan ini mula diperkenalkan tahun ini dengan pelbagai teknik. Tahniah diucapkan kepada team eUsahawan dan MDEC kerana bersungguh menjayakan program yang telah membantu pelbagai lapisan masyarakat.
Semoga tahun 2024 saya dapat bantu lebih ramai lagi. Doakan kejayaan saya.