Terima kasih kerana kunjungi web saya!

Assalammualaikum & Hi,

Camne boleh tahu website ini? Oh ya, dah daftar jadi "Circle Of Business" saya? Kalau belum nanti daftar la ye. PERCUMA aje. Dalam circle begini, mudah kita nak berkongsi idea dan ilmu kelak.

Sebagai tanda penghargaan kunjungi web saya, saya selalu sediakan hadiah menarik setiap kali saya update website ini ... Jadi rajin-rajin singgah ye

Ketika Zaman Belajar

Jika diimbaskan zaman belajar, tiada apa yang dapat dikongsikan selain pengalaman jawatan Ketua Pengawas, pertandingan perbahasan, Majlis Perwakilan Pelajar dan "From Kampung boy To MRSM student". 

"Eh, Bro Rozek power ah!"

Realitinya saya biasa-biasa je. Bukan student oversea pon...... Lagipun, itu hanya pengalaman hidup saya di bangku sekolah. 

Selepas Zaman Belajar

Dari tahun 2010 hingga 2014, saya bekerja sebagai IT Solution Engineer. Sepanjang tempoh tersebut saya terlibat dengan beberapa projek antaranya Bank Negara, Ambank Tropicana, KLIA MATech, TNB Uniten, JPN Putrajaya dan TM Cyberjaya. Dalam tempoh masa yang sama juga saya sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Selepas saya berkahwin, saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan kejar impian menjadi orang yang bermanfaat dalam masyarakat. Saya melibatkan diri sebagai penceramah, fasilitator, pengacara majlis malah membantu beberapa usahawan bina perniagaan mereka. Dalam tempoh ini saya terlibat sebagai penceramah bagi program Stabilo, DutchLady dan Axiata.

Namun.... 

Bila dah berkahwin, duit menjadi satu isu. Saya yakin para suami sangat memahami maksud saya. Jika dikenang, banyak pahit dari manis. Saya buat keputusan terlibat dalam dunia networking. Saya diajar sebelum terjebak dengan sesuatu bidang, pelajari dulu sedalam-dalamnya. Jadi, saya bekerja dengan seorang jutawan networking. Fuhhh, ilmu dalam dunia networking ini memang mencabar. Tetapi saya sangat puas hati kerana berjaya menjadi top leader dalam satu networking yang saya ceburi.

Langit tak selalu cerah. Itu juga yang saya alami. Akibat gelojoh nak kaya dengan mudah, semua keuntungan yang saya dapat bertahun itu lesap dalam tempoh seminggu sahaja. Paling menyedihkan, saat itu juga saya hancurkan kepercayaan beberapa networker yang sangat percayakan saya.

3 bulan saya menyepi. Rawat hati yang sakit ditipu. Jika hanya duit saya sahaja, mungkin tak sedalam itu. Jika nak tahu, berbakul-bakul nasihat yang saya terima dari pelbagai individu. Sampailah suatu hari saya bertemu dengan Tuan Habib. Kisah dia lagi sedih. Ditipu dan berhutang sehingga RM1.2 juta dalam satu projek. Lagi perit saat itu dia ditinggalkan isteri dan anak. Selama 5 tahun dia bergelut selesaikan masalah, dan kongsinya lagi sampai tahap dia merempat di tepi jalan. Lepas masalah dia selesai, dia sangat berjaya sekarang. Dia nasihatkan saya, bidang networking memang banyak bantu masyarakat. Yang jadi masalah apabila syarikat atau pemiliknya bersikap tamak. Tak kira syarikat jual produk, dropship atau apa sahaja. So, langkah pertama kaji syarikat dahulu.

Terkesan dengan nasihatnya, saya cari kawan saya yang anggap berjaya. Dia buka satu hotel di station bus Kajang. Dulu dia pernah ajak saya JV bersama. Sampai di situ, saya dikejutkan yang kawan saya ni bankrup. Gaya mak jemah, saya bertanya apa puncanya. Rupa-rupanya setiap bulan dia tanggung kerugian sehingga tidak mampu bayar hutang bank. Jika pinjaman dilakukan atas perniagaan, bank selalunya boleh dibincang lagi. Tapi akibat gelojoh (sama kes dengan saya), dia buat pinjaman peribadi. Fuhh, terkelu saya. Malam itu, saya buat keputusan cari kerja berkaitan hotel untuk mengkaji di mana silapnya. 

Kini, saya bertugas di sebuah hotel yang letaknya di Putrajaya. Well, berdasarkan tawaran gaji hotel ini memang tak lepas nak bayar tanggungan setiap bulan. Syukur ada duit dari sumber lain. Ada masa saya update kemudian.

UPDATED Ogos 2017

Best kerja kat hotel ini. Jujurnya sebab pemilik sangat bagus dan suasana kerja yang baik. Dan sekarang baru tahu bidang hotel ini memang sangat TINGGI risikonya. Cash-flow memang kena jaga. Jika ada je kes je, hotel akan jadi hotel yang ditinggalkan

Macam catatan saya sebelum ini, bagi menampung kos bulanan saya jalankan perniagaan lain. Tapi rasa serabut bila kerja + kerja sampingan. Bila check darah, memang catatan darah tinggi saya lebih 150 / 102. Bagi kurangkan rasa tertekan, saya terima projek Axiata dan Stabilo untuk saya sendiri uruskan. Bila saya berceramah, saya sangat happy (sebenarnya saya sangat suka bercakap, ia bantu kurangkan rasa ketegangan. Setiap orang ada cara tersendiri, kan?)

UPDATED September 2017

Saya buat keputusan untuk berhenti kerja daripada hotel berkenaan. Itupun saya buat lepas HR berhenti. Risau apabila terfikir tekanan kerja akan merumitkan keadaan. Dalam masa yang sama saya kini terlibat dengan networking Sasbadi - syarikat yang kukuh, halal, potensi pendapatan unlimited malah sebagai aset bekalan akhirat kerana menyampaikan perkara baik dan bermanfaat (ilmu).

UPDATED Januari 2018

Alhamdulillah, anak kedua selamat dilahirkan pada penghujung bulan November. Sedikit terbantut projek Sasbadi akibat risaukan isteri. Plan Sasbadi adalah cari rakan kongsi untuk gerakkan perjalanan ke sekolah di sekitar Malaysia. Ini sangat penting kerana Sasbadi limitkan belian dengan harga yang murah. Jika dinilai dari segi potensi, tak mustahil Disember 2018 akan capai keuntungan RM500,000. Gerak kerja awal ni memang perlukan kos yang tinggi tetapi ia sangat berbaloi kerana produk Sasbadi sangat berkualiti dan berdaya saing dalam pasaran.

Berdasarkan pengalaman saya, ia akan meletup dengan mendadak pada tahun 2018. Doakan perjalanan kami lebih tersusun.

Copyright 2017 (c) All Rights Reserved

Forgot your password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Close
of

Processing files…

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.