Cara Daftar Google Adsense di Website

Share This Post

Cara daftar Google Adsense.

Alhamdulillah, kini website brorozek.com dah berjaya didaftarkan di bawah Google Adsense.

google adsense

Bagaimana cara daftar Google Adsense Website ini? Mudah sahaja.

Saya akan beri contoh berdasarkan website ini ya. Tapi sebelum tu, apa Google Adsense ni? Google Adsense tujuannya nak benarkan Google pamerkan iklan mereka di website kita. Setiap kali iklan dipamerkan atau diklik, kita sebagai pemilik website akan perolehi pendapatan.

Okay, apa yang perlu? Kena ada email Google yang aktif dan website.

  1. Buat akaun adsense dahulu. Daftar di Sign Up Adsense. Isi semua maklumat yang diminta.
  2. Pastikan anda masukkan email dan website yang tepat.
  3. Klik Save & Continue.
  4. Lepas tu, anda akan dibawa ke Dashboard Google.
  5. Masukkan alamat rumah atau pejabat anda. Penting! Alamat kena betul, kalau tak nanti tak sampai cek ke rumah anda.
  6. Saya guna Site Kit by Google. Boleh search di plugin wordpress.
  7. Active kan plugin Site Kit by Google.
  8. Terus klik Site Kit, dan klik Start Setup. Allow plugin ni untuk access website anda.
  9. Done. Settle bab plugin. Klik Adsense “Connect To Service”
  10. Ikut je arahan yang dipamerkan.
  11. Siap! Kena tunggu dapat email dari Google yang website kita ready untuk Google Adsense

Untuk website saya, saya biar semua auto control by plugin. Tapi kalau rakan-rakan nak adjust jenis iklan, saiz iklan boleh rujuk SINI

Step yang saya buat ni saya follow dari portal official Google. Sama je.

Tapi lepas tu, dekat Dashboard Adsense ada error Earnings at risk.

Cara saya atasi adalah dengan upload file ads.txt guna FileZilla.

Boleh dapatkan FileZilla di website rasmi FileZilla

Settle, apa yang saya perlu buat sekarang adalah buat content yang orang cari dan pastikan website sentiasa aktif.

Antara idea nak dapatkan content menarik kena rajin membaca sikit. Buat masa ni, website ni belum lagi decide nak tukar niche. Sekarang niche latihan dan keusahawanan.

Itu sahaja. Jika ada isu atau tambahan nanti saya edit.

Terima kasih.

Coach Ruzaini

More To Explore

Uncategorized

Apa Itu Sellercraft

Apa Itu Sellercraft? Sellercraft merupakan PLATFROM yang menyediakan kemudahan mengendalikan akaun eCommerce anda. Antara eCommerce yang boleh dihubungkan adalah Shopee, Lazada, TikTok Shop dan Shopify.

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch

coach ruzaini