7 Kesilapan Peniaga Menerusi Whatsapp
Whatsapp kini menjadi satu kemestian bagi peniaga di Malaysia sejak tahun 2013. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, pelbagai group perniagaan whatsapp muncul.
Trend ini bermula apabila Facebook membeli syarikat Whatsapp dan seterusnya memperkenalkan teknik jana link bagi group. Ini memudahkan admin termasuk ahli mempromosikan group mereka ke pelbagai channel antaranya Facebook, Telegram, Instagram dan sebagainya. Dari sudut perkembangan iklan adalah sesuatu yang bagus, namun dari segi kualiti ia pastinya boleh dibincangkan (baca sebagai teruk).
Dalam entri kali ini saya tekankan antara 7 kesilapan peniaga menerusi whatsapp:
- Tidak mengkaji profil pelanggan
Peniaga kini tidak melihat keperluan pengguna bagi mendapatkan perkhidmatan atau jualan mereka. Di kepala mereka asalkan sharing pasti dapat pelanggan. Peniaga ini melihat pada bilangan orang yang melihat message mereka tanpa memikirkan strategi bagi mendapatkan sales.
- Lambat menjawab pertanyaan
Pelanggan pastinya marah apabila penjual lambat menjawab pertanyaan mereka. Dalam bisnes, kepantasan memainkan peranan sangat penting, terutama sekali close-sale. Peniaga sering menangguhkan keputusan untuk menjawab pertanyaan pelanggan dan kadang-kala juga disebabkan terlalu banyak yang PM serentak, ini juga melambatkan proses peniaga menjawab pertanyaan.
- Tidak mengetahui perihal produk
Ini memang tak patut! Ada sekali saya ternampak iklan dalam group bayi tentang puting botol susu. Jadi, saya message penjual tersebut. Disebabkan kita dah jadi bapa (hmm), adalah info kita nak tanya. “Anak saya nak tumbuh gigi, ada tak puting susu yang lembut?”. Jawapan yang saya dapat, “Maaf tuan. Saya tak tahu”. Terus saya start kereta pergi farmasi. Settle.
- Tiada Brand Image
Walaupun anda berada di group yang besar, namun anda kena ingat whatsapp merupakan hak peribadi (privacy) bagi setiap pemilik. Ini adalah alat komunikasi peribadi sebenarnya. Disebabkan itu, anda kena bina brand anda sendiri. Ini sangat penting bagi memastikan anda berjaya close prospek anda. Prospek akan melayan anda sewajarnya berdasarkan apa teknik brand anda.
Nota: Bab ini rumit nak olah, next time saya buat artikel ini. Jadi, sila ikuti blog saya ya!
- Isi Jualan Tak Dirancang
Ini juga memainkan peranan. Saya setuju dengan pendapat Cikgu June mengenai content copywriting. Ramai sangat penjual redah je. Boleh kita katakan banyak peniaga ni “syok sendiri“. Saya teringat kata-kata seorang trainer ini, “Kita bagi apa yang orang mahu, bukan apa yang kita nak! Itu kan duit mereka!“. Sebab itu Cikgu June banyak tekankan pendekatan copywriting yang macam mana orang suka baca. Bagaimana strategi untuk memujuk orang membeli. Seperkara lagi, penjual juga haruslah bersedia menghadapi penolakkan pelanggan. Kena ada skrip yang sesuai.
- Berbalah dengan prospek
Ini ciri-ciri penjual yang ego. Ego ini boleh memakan diri sebenarnya. Benar, kadang-kadang pelanggan yang bermasalah. Sebaiknya, jika ada prospek yang menimbulkan kemarahan anda, anda kena bijak atasi emosi anda. Yakinlah, semakin anda mampu kawal amarah anda, semakin tinggi orang akan respect dengan anda.
Elakkan menyindir.
Elakkan provokasi.
Bila ada prospek respon kurang ajar, sebaiknya kita diam je. Usah dilayan emosi, nanti kita yang sakit hati. Kita kan nak cari rezeki, betul tak?
- SPAM
Saya pernah bertanya pada penjual ini, “Kenapa SPAM saya?”. Dia menjawab, “Saya tak spam, saya cuma sharing. Ketuk dahi saya bila dia jawab begitu. Ketara sangat dia tak faham maksud spam.
Istilah SPAM ini dulu banyak digunakan di Internet dalam menyebarkan maklumat tidak berkaitan atau maklumat yang tidak perlu ke dalam email seseorang. Bila Facebook mula mendapat perhatian pengguna di dunia, istilah SPAM juga digunakan bagi individu yang sengaja iklan di komen atau group dengan tanpa izin. Jadi, bila di whatsapp maknanya penjual yang tiba-tiba iklankan jualannya di dalam group tidak berkaitan.
Bukan sekadar itu sahaja, ada juga yang berani message satu persatu individu dalam group tersebut bagi melariskan lagi jualannya. Tetapi, jujur saya nak tahu. Berjayakah dia mendapat jualan atau tindakan itu hanya sia-sia dan membuang masa?
Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan. Ada banyak lagi yang boleh dikongsikan.
Oh ya. Terima kasih mengunjungi website baru saya ini ya. Website lama saya gagal diselamatkan. Huu..