fbpx

Dalam meningkatkan sumber pendapatan, ada beberapa jenis yang terbukti berkesan...

"6 JENIS  *PENDAPATAN PASIF* Yang Menjana Keuntungan Kepada Anda!"

Jika anda masih tercari-cari lagi mungkin maklumat di bawah membantu anda ...

Hai pembaca budiman,

Baru-baru ini saya ada hadiri seminar EvoTunnel dan ikuti beberapa webinar online antaranya IM terkenal Anik dan Neil Patel. Mereka merupakan pelatih kewangan dan copywriter yang banyak membantu masyarakat seluruh dunia.

Masalah ekonomi dan kewangan bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi hampir segenap dunia.  

Ketika saya di seminar EvoTunnel, saya sempat berbual dengan beberapa usahawan. Ada antara mereka yang berjaya capai keuntungan 6 angka setiap tahun, ada juga yang menjadi jutawan di usia yang sangat muda. Tetapi yang menarik minat saya adalah bagaimana mereka sendiri menjana keuntungan secara pasif. Malah ketika dalam webinar dengan IM pun, ada juga mereka menyentuh topik jana pendapatan secara pasif.

Walaupun ini bukan rahsia sangat, tetapi ramai antara kita yang masih tidak menjalankannya ...

Apa itu pendapatan pasif (passive income)? 

Pasif income ini boleh dimaksudkan:

  • Pendapatan yang memerlukan pelaburan awal terlebih dahulu dan kemudiannya terus mendapat pendapatan berterusan
  • Buat kerja hanya sekali tetapi dapat jana pendapatan secara berterusan.
  • Mendapat keuntungan atas angin atas hasil usaha orang lain.

Jom kita terjah jenis pasif income yang anda boleh lakukan ...

1. Rumah / Pejabat Yang Boleh Disewakan 

Tempat tinggal merupakan satu keperluan dalam hidup manusia. Namun, bagi memiliki aset ini kita kena keluarkan modal yang sangat besar. Tetapi ada je teknik yang lebih mudah iaitu sublet. Apapun awas! Walaupun hartanah mampu berikan pulangan yang besar namun jika tersalah langkah juga mengundang kerugian yang teruk seperti tiada penyewa, nilai hartanah jatuh dan risiko lain. Penting tingkatkan ilmu sebelum terjebak sepenuhnya.

Antara pengamal dan penulis buku berkaitan hartanah ini yang terkenal adalah Azizi Ali. Ada beberapa jurulatih lain namun bagi saya Azizi Ali merupakan antara ikon yang sentiasa upgrade ilmu dalam bidang hartanah.

Azizi Ali merupakan Coach Kewangan yang popular di Malaysia. Banyak menganjurkan seminar dan menerbitkan buku bagaimana menjana pendapatan.

- FB (Coach Azizi Ali)

2. Saham atau Pelaburan Komoditi

Jika anda tidak berminat atau tidak mampu dalam bidang hartanah, saham mungkin sesuai dengan anda. Saham akan memberikan pulangan yang sangat tinggi sekiranya anda bijak analisis carta saham. Di luar sana ramai yang menjual panduan saham dengan harga melebihi RM500 atau kelas yang mencecah ribuan ringgit. Tak salah jika anda nak belajar kerana pengalaman tidak dapat dinilai dengan harga.

Sebenarnya pihak bank juga menganjurkan seminar dan kelas mereka. So, rajin-rajin singgah di bank untuk bertanya ya. 

3. Royalti

Jika anda ada hak dalam sesuatu karya, maka anda berhak terima royalti. Kebiasaannya royalti ini diperolehi oleh penulis buku, pemuzik, pelukis, penulis karya dan seangkatan dengannya.

Royalti ini akan dibayar selagimana karya tersebut digunakan atau dibeli.

Pasti ada yang terfikir, "Mesti jadi artis kaya kan?"

Jawapannya,"Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Semua ini rezeki". Yang penting walaupun anda artis sewajarnya anda kena lindungi hak anda dengan tingkatkan ilmu.

4. Bisnes Berjalan Secara Automatik

Bisnes jalan secara automatik ni maksudnya pemilik bisnes tidak perlu terlibat secara langsung dengan operasi perniagaan. Walaupun tidak terlibat tetapi duit sentiasa mengalir dalam akaunnya.

Perniagaan begini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Francais dan bisnes sendiri.

Contoh perniagaan Francais adalah MacDonalds, KFC, StarBuck dan sebagainya. Perniagaan francais ini bermaksud kita membeli model perniagaan mereka untuk beroperasi. Jadi semua cabang KFC haruslah mirip dengan cabang-cabang yang lain. Saya pernah dikhabarkan bagi memulakan perniagaan KFC ini aset yang patut ada sekurang-kurangnya RM1juta. Fuh, berpeluh dahi saya bila mendengar cerita. Entah benar atau tidak, saya tidak pasti.

Bagaimana pula nak jadikan bisnes sendiri menjadi automatik?

Okay, paling utama di sini adalah anda WAJIB ada misi dan visi. Anda kena sediakan model perniagaan anda di mana model tersebut boleh dijalankan tanpa penglibatan anda. Saya pernah bekerja di satu syarikat swasta dulu di Petaling Jaya. Cawangan syarikat terbabit ada dalam 11 (setakat pengetahuan saya) dan saya berada di HQ. Paling menarik, saya berjumpa dengan pemilik syarikat terbabit hanya 2x sahaja dalam tempoh 4 tahun bekerja iaitu pada tahun 2011 (semasa majlis penganugerahan) dan tahun 2013 semasa sambutan tahun baru Cina (dapat angpow). Pemilik syarikat tidak perlu ada di syarikatnya kerana semua urusan diuruskan oleh pekerjanya. Tetapi setiap bulan pastinya duit mengalir dalam akaunnya. Adakah anda mempunyai impian sebegini?

Betul, nak capai impian ini anda kena mencari ilmu dan berani bertindak!

Masukkan Maklumat Di Bawah Bagi Menerima Info Bermanfaat.

Your Privacy is SAFE

5. MLM (Multi Level Marketing) 

Memang terbukti yang sebenarnya MLM adalah pemberi income pasif paling utama. Kadang-kadang saya hairan mengapa ada segelintir yang menolak perniagaan jenis begini. Menurut pendapat mereka MLM menjahanamkan semata-mata.

Dalam aspek ini sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan:

  • Untuk berjaya kena rajin usaha
  • Cari team yang mahu berusaha
  • Tingkatkan ilmu dalam pemasaran
  • Hati-hati dengan skim yang menipu
  • Produk yang bermanfaat, bukanlah hanya $$$ semata-mata
  • Elakkan berhutang, sebaiknya guna simpanan sahaja.

Baru-baru ini saya terbaca berkaitan kemajuan teknologi yang bakal menggantikan telefon simkad. Malah apabila berbual dengan rakan di Korea, di sana penggunaan aplikasi semakin mendapat tempat. Bila peluang begini tiba, sebaiknya saya mencuba dulu pasarkan di Malaysia.

Apakah perniagaan ini?

Anda boleh baca di http://pakarbisnes.my

6. Cryptocurrencies

Jika tahun 2009, perkataan Crypto begitu asing lagi. Ibarat bahasa Alien. Antara contoh Crypto adalah bitcoin. Bitcoin merupakan crypto terawal yang berjaya memegang pasaran. 

Kisah popular dalam kejayaan Bitcoin adalah seorang penghantar pizza di mana kos bayarannya adalah 10,000 bitcoin pada tahun 2010. Kini 10,000 bitcoin bersamaan RM4.5 juta! Banyak lagi kisah menarik yang berlaku. Contohnya di Malaysia sendiri ada seorang jutawan senyap bitcoin iaitu Cobert Lau. 

Sebenarnya crypto ada lebih daripada 700 dalam dunia! Banyak cara untuk terlibat dalam dunia Crypto ini. Maklumat berkaitan Crypto ada boleh baca di Wikipedia.

Bagaimana Crypto ini dikatakan pasif income pula? Crypto ini ada nilainya sendiri. Jika anda beli pada harga murah dan jual pada harga mahal, maka anda akan terima keuntungan di situ. Ada yang memberikan gelaran "Emas Digital" kepada bidang ini.


Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada pembaca sekalian. Jika bermanfaat anda boleh share artikel ini supaya ramai mendapat manfaat.

Ikhlas Dari Sahabatmu,
Coach Rozek (Ruzaini)

Layari http://brorozek.com untuk ketahui pelbagai jenis produk yang saya promosikan.

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.