Terima kasih berminat bagi program #SayaDigital ni. Ya, seperti saya maklumkan program ini adalah PERCUMA.
MENARIK NI, RUGI KALAU TAK JOIN!!!
Nama saya Ruzaini (GSD072), pengajar bagi program ini. Untuk makluman, program ni bertujuan melatih kita berkaitan Whatsapp, Grab, FoodPanda, eDompet (Touch&Go dan MAE), email, Facebook, MyTNB dan TikTok.
Tapi sebelum tu, jom tengok gambar perasmian #SayaDigital
Coach, nak belajar macam mana? Online? Offline?
Saya lebih suka ajar secara bersemuka (offline). Tapi situasi kita masih dalam covid. Jadi, lebih baik secara online, kan?
Jika nak bersemuka, boleh Whatsapp saya untuk berbincang.
Biasanya sesi pembelajaran akan ambil masa dalam 1 hingga 2 jam, bergantung pada keupayaan peserta untuk memahami.
Apapun, setiap program ada syaratnya. Program ini dibuka kepada Warganegara Malaysia, berusia 18 tahun ke atas dan wajib berdaftar terlebih dahulu.
Saya Sangat Berminat Dan Janji Akan Hadir. Daftar kat mana Coach?
Terima kasih kerana berminat. Boleh isi borang di bawah.
Program ini dianjurkan oleh MDEC, agensi kerajaan. Sebarang masalah berkaitan boleh terus hubungi saya di wa.me/6010-3376956