Maksud email spam dan penjelasannya

Share This Post

MAKSUD Email Spam? Ape kejadahnya itu? Orang power memang dah tahu, tapi ada je noob yang baru ambil tahu. Sebelum power, korang pun noob juga, kan? Keh! Apapun aku perkenalkan diri aku. Hi, aku Rozek. Selamat datang ke website aku.

Email spam ini bahasa mudah adalah email sampah. Orang yang hantar email sampah ni dipanggil spammer (orang sampah? maybe). Spammer ni hantar email spam mengharap daripada beribu email yang dihantar akan ada yang respon email beliau.

Eh, bunyi macam tak salah je Coach, kan itu marketing? Kalau tak email bagaimana nak dapat pelanggan?

Haip, bukan itu isunya. Masalah sekarang ni spammer ni ada yang jahat. Mereka suka hantar email yang berbentuk phising yang boleh mencuri maklumat orang lain. Cuba bayangkan yang dicuri itu maklumat kad kredit? Naya wei, nayaaa.

Seperkara lain. Ada sesetengah syarikat menyewa perkhidmatan email hosting. Syarikat ini terpaksa membayar lebih andai spammer menghantar beratus ribu email kepada mereka. Ni punca kenapa syarikat besau ada team yang tapis email ini. Aku baca kat wikipedia yang habaq tahun 2009 kerugian yang ditanggung adalah USD130 billion akibat email spam ni. Tuuu diaaa. Nak baca? Klik kat sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Email_spam

Oh ya. Ni aku nak pesan. Ada jenis email ni hantaq kosong je, pernah tak korang dapat email begitu? Tujuan email itu dihantaq sbb nak sah kan email korang tu valid atau tak. Bila depa dapat tahu email korang tu valid, lepas tu berduyun-duyun la korang dapat email. Aku pernah kena dulu. Yang hare sungguh email cari teman hidup tu.

Nak tahu camne depa dapat email korang? Ada banyak cara dan cara paling popular adalah dapatkan menerusi Facebook anda. Fuh, best tak? Keh keh keh.

Aku punya email dari brorozek.com ni pun gmail trace sebagai email spam. Puncanya masa aku develop aplikasi sebelum ini. Aku lupa nak tutup notifikasi kat email. Dalam tempoh sehari je beribu email aku dapat.

maksud email spam 2

 

maksud email spam

Aku harap korang tak buat silap macam aku.

Untuk belajaq cara yang betul lakukan pemasaran, aku nak jemput korang datang kelas eUsahawan di bawah anjuran MDEC. Banyak info yang korang boleh belajaq. Boleh check di link ini http://brorozek.com/daftar-kursus-eusahawan/

Apapun terima kasih baca artikel maksud email spam ni. Kalau korang nak belajaq apa-apa lagi, boleh tinggalkan komen. Aku kalau nampak, baru jawab. Okay itu ajelah untuk maksud email spam ni. Jangan lupa share dan klik butang subscribe (jadah, ingat Youtube ke?)

More To Explore

Uncategorized

Apa Itu Sellercraft

Apa Itu Sellercraft? Sellercraft merupakan PLATFROM yang menyediakan kemudahan mengendalikan akaun eCommerce anda. Antara eCommerce yang boleh dihubungkan adalah Shopee, Lazada, TikTok Shop dan Shopify.

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch

coach ruzaini