Kelas Usahawan 2019 Yang Popular?

Kelas usahawan 2019 – Tahun 2018 dah tinggalkan kita. Aduh, azam tahun lepas pun tak capai lagi, tetiba je dah hujung tahun. Cepat benar kan masa berlalu? Jika yang baca ini seorang usahawan, apa impian anda yang ingin dicapai tahun 2019?

Bila sebut impian ni, saya teringat satu pepatah, “Impian la setinggi langit, jika tak capai pun sekurang-kurangnya jatuh antara bintang“. Jadi, mulalah merancang nak capai impian anda!

Topik kali ni, apa kelas usahawan yang sesuai untuk tahun 2019 ni?

Berdasarkan survey yang dijalankan bagi yang pernah ikuti kursus saya, ada 8 jenis kelas peserta nak sertai.

Kelas Pemasaran Online – Ini antara kursus yang paling ramai nak sertai. Ada yang merungut kerana kelas sebelum ini cuma sehari je. (8 jam je). Malah, dalam sehari belajar 5 topik teknikal yang mana tempat lain buat berhari-hari! Jadi, perkara ini saya dah panjangkan kepada pihak pengurusan dan bersetuju untuk pecahkan silibus ini lebih terperinci bagi tahun 2019! Berdasarkan maklumbalas, sekiranya peserta diberi banyak info dalam sesuatu masa, majoriti tidak akan bertindak! Silibus belum saya siapkan lagi, jika dah siap saya akan masukkan link di sini.

Cara Closing Offline – Kursus ini saya jarang lakukan kerana setiap cabang caranya sangat berbeza. Tapi ada yang mahukan kursus ini kerana menjalankan perniagaan secara kedai fizikal. Di sini sebagai jurujual boleh gunakan beberapa cara untuk lariskan jualan mereka. Cara nak handle objection, trigger emosi pelanggan untuk membeli dan tukar “stranger” ke “prospek” ke “pelanggan”.

Kenali Pelanggan / Komunikasi Pelanggan – Kesilapan paling besar usahawan adalah mereka tidak kenali pelanggan mereka. Kebanyakkan sibuk fikir kaedah menjual, cara menjual, tetapi perkara paling asas yang usahawan wajib tahu ini 89% terlepas pandang! Kenali pelanggan ini bukan bermaksud hanya tahu nama, tetapi lebih banyak lagi. Antaranya umur, lokasi, minat, hobi malah punca mereka membeli dengan anda! Adakah anda rasa patut masukkan kursus patut hadir pada Kelas Usahawan 2019 ini?

Kelas Website – Cabang website ini sangat meluas. Dan ini kadang-kadang dimasukkkan dalam silibus kelas pemasaran online. Sebut je website, bukan sekadar setup, tetapi melibatkan copywriting, safety, pemasaran (SEO, SEM), kaedah tempahan, eCommerce dan lain-lain. Majoriti yang belajar bina website, mereka fokus 80% masa kepada design, sedangkan banyak lagi perkara utama yang patut dititikberatkan. Sebab itu sangat penting usahawan ambil tahu bahagian penting sahaja.

Pengurusan Ejen – Bagi seorang usahawan, ejen ini ibarat senjata keris. Bijak bermain keris, musuh mudah ditumpaskan. Tetapi gagal kawal keris, keris makan tuannya. Dan umum ketahui, ejen yang menaikkan sesuatu jenama sehingga berjaya. Takkan anda tidak mahu jaga ejen yang berkualiti dalam pasukan anda?

Automation System / Integrated – Bila perniagaan menjadi pilihan, maka ramai persaingan, banyak pilihan pelanggan. Kini pelanggan tak seperti 3 tahun lepas. Mereka mahukan lebih cepat dan pantas. Biasa kita dengar, “Aduh, robot je jawab!“. Dalam kelas ini kita akan mengkaji behaviour pelanggan kita di messenger. Kita juga akan belajar cara autoreply, auto komen, blast dan auto follow di messenger.

Kelas Zero Marketing – Kelas ini adalah memberikan anda cara lakukan pemasaran percuma. Jujurnya maksud percuma di sini adalah platform yang boleh guna percuma, kaedah jualan percuma malah lokasi pelanggan percuma! Ini kelas short-cut anda boleh belajar kaedah Zero Cost Marketing.

Kelas Google – Selalu kita dengar, kelas Google ni mesti Google Ads (nama lama: Adwords), tetapi sebenarnya kelas Google ini pendedahan bagaimana cara nak masukkan bisnes kita dalam carian enjin dan peta. Malah, kita juga boleh setup landing page 100% percuma dengan platform Google ni! Banyak bisnes kecil tidak tahu. Jadi, ini peluang anda lebih awal berbanding pesaing anda!

Selain 8 kelas usahawan 2019 yang menjadi permintaan, ada beberapa kelas lain seperti Pengurusan Kewangan, Penubuhan Syarikat, Design, Pemasaran e-mail dan pemasaran Whatsapp. Kelas ini saya tak jalankan kerana tiada certified serta kelas formal yang saya sertai. Konsep saya mengajar adalah “Sebelum mengajar pastikan belajar dan amalkan

Terima kasih melayari website Coach Rozek ! Saya sangat hargai maklumbalas anda dalam post ini. Tinggalkan sebarang pesan sekiranya ada.

Nota: Saya terfikir orang masih suka hadir ke kelas atau lebih suka belajar secara digital?

Coach Rozek :Coach Rozek atau lebih mesra dikenali sebagai Bro Rozek merupakan seorang trainer sepenuh masa. Beliau banyak memberi ceramah kepada pelajar sekolah dan IPT mengenai perancangan masa depan dan perihal disiplin. Selain itu, beliau juga merupakan jurulatih dalam bidang pemasaran dan Internet Marketing. Hobi beliau adalah membaca dan mencuba perkara baru.

Website ini saya enable cookies.