Antara Certified Trainer eUsahawan

antara certified trainer eusahawan

Share This Post

Antara certified trainer eUsahawan MDEC adalah saya Tuan Ruzaini dengan trainer code TG213.

Saya dilantik pada sesi April 2018 dengan melepasi beberapa kelayakan termasuklah peperiksaan yang sukar untuk lulus.

Sebagai eUsahawan yang dilantik MDEC, kami mempunyai tugas untuk melatih usahawan di Malaysia untuk berubah dari kaedah konvesional kepada pemasaran digital. Ini memang banyak membantu usahawan untuk kembangkan pasaran mereka secara meluas tanpa batasan.

Antara modul yang diajar adalah;

– Facebook For Business
– Instagram For Business
– Pemasaran Whatsapp
– Ayat Copywriting (AIDA)
– Pemasaran email
– SEO dan Google Trends

Kelas ini dijalankan selama 9 jam (sehari) dan hanya sekali sahaja dibenarkan bagi setiap peserta untuk sertai program eUsahawan ini.

antara certified trainer eusahawan

Apa kelebihan menyertai program eUsahawan ini?

Kelas ini bertujuan melatih usahawan mengetahui kaedah pemasaran menggunakan digital supaya usahawan tidak ketinggalan bersaing secara sihat dalam pemasaran sekarang. Selesai sahaja kelas ini, peserta akan diberi access untuk pembelajaran secara online dan sijil penghargaan (secara digital).

Pastinya kos yang sangat mahal jika ingin belajar kesemua modul yang saya senaraikan tadi jika dijalankan bukan dibawah tajaan MDEC.

Berapa kos jika anjuran MDEC?

Percuma ke?

Ya, kos nya adalah PERCUMA saat post ini ditulis kerana program ini telah ditaja. Mungkin akan datang kosnya berharga ratusan ringgit sepertimana dijalankan konsultan bebas di luar sana. Rebutlah peluang ini sementara masih ada.

Komitmen trainer eUsahawan selepas program selesai adalah memantau perkembangan peserta mereka mengenai bisnes mereka. Sekiranya peserta menunjukkan prestasi cemerlang, peserta bakal ditawarkan kelas lebih advance yang diuruskan jurulatih profesional.

Sertai sekarang dengan lengkapkan maklumat (nama penuh + No IC + Alamat) menerusi link ini: KLIK SINI bagi tujuan pendaftaran dan semakan. Segala maklumat akan terus disampaikan menerusi whatsapp anda.

Daftar Sekarang Jika Tidak Mahu Menyesal.

Akhir kata, pemilik website ini antara certified trainer eUsahawan yang anda boleh ikuti kelas beliau. Daftar segera dengan klik link ini: KLIK SINI

Tawaran detail boleh baca di SINI

More To Explore

Uncategorized

Apa Itu Sellercraft

Apa Itu Sellercraft? Sellercraft merupakan PLATFROM yang menyediakan kemudahan mengendalikan akaun eCommerce anda. Antara eCommerce yang boleh dihubungkan adalah Shopee, Lazada, TikTok Shop dan Shopify.

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch

coach ruzaini