Kadar Bayaran Penceramah Dan Fasilitator Program Sekolah

kadar bayaran penceramah

Share This Post

Kadar Bayaran Penceramah Dan Fasilitator Program Sekolah

Sepanjang penglibatan saya melebihi 11 tahun dalam arena ini, banyak pertanyaan mengenai kadar bayaran kepada penceramah jemputan. Sebelum saya bebel lebih panjang, suka diingatkan catatan ini hanya dijadikan sebagai rujukan dan bukanlah muktamad.

Dah ready nak gali-gali lebih dalam? First kita bincang mengenai agensi kerajaan dulu? Okay.. Lets go..

========

Agensi Kerajaan

Siapa yang boleh keluarkan pekeliling mengenai pembayaran sagu hati ini bila melibatkan agensi kerajaan (termasuk sekolah)?

Arahan umum biasanya diumumkan Kementerian Kewangan Malaysia. Tetapi setiap agensi juga boleh hasilkan pekeliling di bawah seliaan jabatan kewangan. Kadar bayaran juga berbeza mengikut kumpulan perkhidmatan dan penjawat awam/swasta mengikut pekeliling WP1.8.

Kadar Bayaran Kepada Penjawat Awam

Semua pegawai tetap, kontrak, sementara, sambilan dan sangkut yang memberi syarahan/ceramah sambilan atau menjadi fasilitator sambilan adalah layak dibayar saguhati atas kadar seperti berikut

kadar bayaran penceramah sekolah

Syarat Tuntutan: Mesti dapat kelulusan ketua jabatan, bukan tugas rasmi, jika cikgu atau pensyarah pula bukan dari sekolah/universiti yang sama, urusetia program tak layak dan jika diberi cenderamata tidak layak membuat tuntutan. (Fuhh, ketat betul syaratnya)

Kadar Bayaran Penceramah Kepada Penjawat Swasta Dan Pesara Kerajaan

Okay, bab ni kena jelas. Sekiranya sesuatu program tersebut dibuat berdasarkan tender, maka bayaran adalah mengikut nilai tender. Jika berdasarkan jemputan, bayaran boleh guna rujukan Jadual 2 pekeliling WP1.8

bayaran penceramah swasta pesara kerajaan

Syarat tuntutan: Dokumen mesti lengkap. (Surat jemputan, jadual program, lampiran A, Lampiran B, Lampiran C, salinan kad pengenalan penceramah dan sijil kelayakkan akademi)

=======

Tapi Tuan Rozek, ada penceramah yang demand bayaran RM1,000 sejam? Boleh ke penceramah jemputan beri sebut harga tersebut? Tak sama kadar bayaran penceramah di atas.

Jawapan: Boleh. Apa salahnya? Jadual pembayaran di atas merupakan bayaran saguhati yang diperuntukkan kerajaan. Sekiranya program yang dijalankan di bawah tabung PIBG, kutipan,  sumbangan dan seangkatan dengannya, ia tidak terikat dengan pekeliling WP1.8

=======

Sepanjang tempoh penglibatan saya, banyak syarikat gulung tikar dalam bidang ini. Ia bukan bidang yang menjanjikan kemewahan, malah tak lepas pun bayaran bulanan. Dahulunya motivator survive dengan hasilkan buku dan DVD. Zaman sekarang, buku dan DVD tidak laku.

Jika penceramah nak teruskan juga dalam bidang ini, WAJIB terlibat dalam bidang korporat. Bayarannya jauh lebih mahal dan berkualiti. Jika nisbah bayarannya, 20:1

Awal-awal saya dah pesan kepada penceramah bermata duitan, agar lebih mengetahui apa yang berlaku dalam bidang ini. Dari 100 penceramah baru yang saya jumpa, dalam setahun yang bertahan cuma 2 orang sahaja.

=======

Recommendation:

Jika pihak sekolah mencari konsultan yang boleh uruskan program kepimpinan, program berunsurkan perubahan akhlak, jauhi zina dan aktivit kumpulan, saya rekomen GWA Positive. Team ni saya kategorikan sebagai Gred A terutama sekali Kak Anne.

Kepakaran saya pula strategi pembelajaran, teknik penguasaan ketika bekerja dalam kumpulan, sirih pulang ke gagang – beri semula, teknik suara pemimpin (kebanyakkan modul saya bercorak persiapan masa hadapan). Bagi saya ilmu cikgu di sekolah dah cukup cuma persediaan pelajar ke alam dewasa/pekerjaan sebaiknya percaya dengan kebolehan orang luar.

Boleh whatsapp saya di 010-3376956 untuk berunding. Rasa dulu aura dengan modal bermula RM200 seperti dalam pekeliling WP1.8. Cepat sebelum jadual saya penuh untuk elakkan cikgu rasa menyesal tak dapat book saya.

 

Bro Rozek

More To Explore

Uncategorized

Apa Itu Sellercraft

Apa Itu Sellercraft? Sellercraft merupakan PLATFROM yang menyediakan kemudahan mengendalikan akaun eCommerce anda. Antara eCommerce yang boleh dihubungkan adalah Shopee, Lazada, TikTok Shop dan Shopify.

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch

coach ruzaini