7 Tips Mencari Penceramah Sekolah

7 Tips Mencari Penceramah

Share This Post

7 Tips Mencari Penceramah Sekolah – Apabila seorang guru ditugaskan untuk mencari penceramah, ia memang memeningkan kepala. Perkara yang merungsingkan bila Guru Besar atau Penolong Kanan guna ayat ini, “Pastikan program ini memberikan impak kepada pelajar!”.

Penulisan ini bukan 100% pendapat daripada pihak bertauliah, ia hanya sekadar catatan daripada penceramah yang 12 tahun terlibat dalam industri ini.

1. Cari Penceramah Yang Sama Objektif Program

Setiap program mestilah ada matlamat tertentu. Objektif pula janganlah melebihi TIGA (3) supaya boleh diukur keberkesanannya. Ini cuma sedikit nasihat. Pihak sekolah mempunyai perancangan tahunan, alangkah baik sekiranya pihak sekolah dari awal sudah tetapkan objektif yang berbeza setiap program. Selepas anda ada matlamat jelas dengan program, 70% masalah anda sudah berjaya diselesaikan!

2. Rekemen daripada guru yang anda percaya

Saya pernah berborak dengan seorang guru senior mengatakan guru muda kadang-kadang takut atau malu nak bertanya kepada cikgu yang lebih berusia. Mungkin gap usia itu yang buatkan cikgu ini rasa segan untuk bertanya. Sekiranya anda yang membaca ini guru muda itu, well, anda tahu apa yang perlu dilakukan sekarang! Tips, ambil nombor seberapa banyak yang anda boleh, tetapi sentiasa ingatkan pada guru berkenaan, anda akan tapis dulu bagi mengelakkan salahfaham. Kadang-kadang, cikgu senior ni rekemen kawan atau keluarga mereka. Just be carefull, hati kena jaga juga ya~

3. Sesuai dengan bajet sekolah

Ini isu paling kronik dan paling sensitif. Bagaimana nak tetapkan harga? Berapa harganya? Siapa yang pernah uruskan ini, rasa malu nak tanya pada konsultan tentang harga ini. Kalau mahal, takut bajet tak cukup. Kalau murah pula, macam aniaya penceramah pula. Jadi, cara terbaik untuk elakkan konflik, guna panduan berdasarkan pekeliling WP1.8. Boleh baca di link ini: https://brorozek.com/kadar-bayaran-penceramah-sekolah/

4. Bukan last minute

Sebaiknya apabila nak jemput penceramah, pastikan anda bersedia dari awal. Tanya pada penceramah sekurang-kurangnya 2 hari sebelum program bermula. Dan pastikan anda juga sediakan satu nombor konsultan untuk back-up. Saya sendiri pun kadang-kadang terpaksa back-up penceramah lain yang terpaksa tarik diri last minutes. Notis pendek hanya 1 jam sahaja. Saya okay sahaja asalkan tahu objektif program, jarak perjalanan yang sesuai dan bayaran yang munasabah. Jom teruskan baca lagi penulisan 7 tips mencari penceramah ni.

5. Temuduga Konsultan

Ops, dah kenapa kena temuduga? Mudah je, sebab nak pastikan objektif dan masa program sesuai dengan penceramah. Dalam masa yang sama, boleh confirm kan bajet dengan konsultan. Ada beberapa konsultan kenakan cas berbeza untuk pengangkutan, penginapan dan tambahan fasilitator. Nampak remeh kan, tetapi ini yang buat kelancaran program.

6. Google

Bila Google, kita akan dapat maklumat. Tapi tak semua maklumat itu tepat di Google. Saya kena ingatkan ini disebabkan ia menjadi tabiat kita dalam mencari ilmu. Bila dah ada maklumat, boleh baca tips yang terakhir iaitu..

7. Elak lantik konsultan yang kontroversi

Wow, berani Coach Rozek keluarkan statement ini? Ini realiti cikgu. Kontroversi akan cetuskan masalah lain. Paling mudah penceramah politik. Ada banyak lagi konsultan yang cikgu boleh cari. Okay?

Setakat ini dulu catatan 7 tips mencari penceramah.

Saya rekemen konsultan GWa Positive yang anda boleh chat di facebook.com/gwapositive

Terima kasih kerana membaca 7 tips mencari penceramah ini. Moga memberi manfaat kepada semua.

More To Explore

Uncategorized

Apa Itu Sellercraft

Apa Itu Sellercraft? Sellercraft merupakan PLATFROM yang menyediakan kemudahan mengendalikan akaun eCommerce anda. Antara eCommerce yang boleh dihubungkan adalah Shopee, Lazada, TikTok Shop dan Shopify.

Do You Want To Boost Your Business?

drop us a line and keep in touch

coach ruzaini